Wednesday, May 16, 2012

Cikgu dihatiku

Selamat Hari Guru 2012 kepada semua guru-guru dan sesiapa sahaja yang bergelar pendidik di seluruh Malaysia...esp. untuk adik-beradik yang bergelar CIKGU. Cikgu Fairis, Cikgu Rohaida, Cikgu Nurul..dan ipar duai yang juga cikgu. Hehe, satu keluarga besar cikgu-cikgi. Tak lupa juga ibu bapa saya yang menjadi pendidik dalam mendidik dan membesarkan anak2.

Ucapan ini juga untuk pelanggan-pelanggan, sahabat-sahabat yang bergelar cikgu. Sama-samalah kita mendoakan guru-guru yang telah mendidik kita satu ketika dulu. Pada budak2 zaman sekarang hormat le cikgu2 korang tuu, walaupun depa tu manusia biasa tapi guru2 tu lah yang mendidik, beri ilmu pada korang di skolah...semoga ilmu yg korang dapat tu diberkati, InsyaAllah..

Terima kasih kerana mendidik saya menjadi insan berjaya ... Terima kasih Cikgu.

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu



Salam kepada semua rakan-rakan, pembaca dan semua ibu-ibu di seluruh dunia. Memang ada yang kata hari ibu hari-hari. Tapi tak semua dapat menjenguk ibu setiap hari. Beruntunglah adik-adik yang setiap minggu dapat balik menjenguk ma/mak tersayang. Sememangnya insan-insan yang bergelar ibu memang patut diraikan setiap hari. Tapi kadang-kadang insan yang paling dekat pun terlepas pandang. Walhal dalam fb semua letak status hari ibu...so tak kisahlah macam mana pun yang penting, kita ikhlas demi orang yang tersayang.

Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya. Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

untuk kesekian kalinya, mama dapat lagi hadiah sempena Hari Ibu dari yang tersayang (Mysarah & Alisya). Tq everyone, love you so much...

Thursday, May 10, 2012

Tudung Noreen

Salam semua ...alhamdulillah, sudah selesai job order untuk Noreen from Johor. Jauh tu selatan tanahair, tqvm sbb sudi ambil perkhidmatan dari Elida yek..semua ada 8 helai tudung request untuk alter awning, kecilkan saiz muka dan ada juga untuk pendekkan tudung ropol..


 
 * Order job untuk tetas semula ropol dan jahitkan semula ropol2 tu memang nampak cam senang. aka kacang..lepas dah sembat2, alamak tak cukup..jadi terpaksa gak tetas dan try sekali lagi..at last boleh ngam2 plak, alhamdulillah..harap2 tuan tudung approve kerja saya. TQ :)

 
2 helai kecilkan saiz muka..tudung chiffon layer...lawa dikk. berkenan akak kaler pepel. semoga bila sarung nanti tak ketat atau tercekik plak ye.. dah ukur dgn sample tudung yg diminta tu.. 

2 branded tudung famous in town, hhehe, Ariani and DeZahra..ditukar awning sbb pendek..ariani setakat itu aje dapat alter labuh tudung..sbb kalau refer tdg peach tu memang patern Ariani melengkung..sbb tu tak dapat labuh bulat. harap u faham...

POSLAJU ref. EM116062080MY

Tuesday, May 8, 2012

Plain awning

As salam..plain corduroy untuk awning utk tudung2 Liza.. So bagi yang nak alter awning tudung, kalau body lawa bolehlah ganti dengan material ni memang eksklusif sepadan dengan harganya kat kedai/butik. Hahh baru nampak cam Pearl H*** plak nanti, hehe :) Tak kisahlah asalkan tudung tidak jadi tukun, dapat save shopping kaler lain plak, hehe...anyway ada jugak corduroy kaler hitam tak sempat posing plak..

TIPS utk maintain cord., most of cord is made from cotton which is machine washable. Jadi kalau dah dijadikan awning..utk remove stains, blot with a wet cloth and avoid harsh brushing. Turn the garment inside out before ironed.

 

Monday, May 7, 2012

Noreen TA08-4(8)

As salam pengunjung2 ... sudah dalam lipatan sejarah, hehe. Yelah before ada yang baru, sudah pasti ada yang lama. Bukan tujuan nak lupakan, tapi sesajalah nak rakamkan foto sebelum sentuhan magis seorang penjahit, hehe...here entry dedicated untuk awning lama ..by customer dari Johor. Next entry kita akan saksikan awning baru ye..biar tuan tudung tak sabar menantikan sentuhan terbaru. Harap beliau akan berpuashati. tqvm


ps.I normaly will ship out the tudungs on the same day if payment cleared before 12PM. tqvm

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...