Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu



Salam kepada semua rakan-rakan, pembaca dan semua ibu-ibu di seluruh dunia. Memang ada yang kata hari ibu hari-hari. Tapi tak semua dapat menjenguk ibu setiap hari. Beruntunglah adik-adik yang setiap minggu dapat balik menjenguk ma/mak tersayang. Sememangnya insan-insan yang bergelar ibu memang patut diraikan setiap hari. Tapi kadang-kadang insan yang paling dekat pun terlepas pandang. Walhal dalam fb semua letak status hari ibu...so tak kisahlah macam mana pun yang penting, kita ikhlas demi orang yang tersayang.

Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya. Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

untuk kesekian kalinya, mama dapat lagi hadiah sempena Hari Ibu dari yang tersayang (Mysarah & Alisya). Tq everyone, love you so much...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...