Tuesday, May 14, 2013

Tudung Na


Alhamdulillah...rezeki itu datangnya dari Allah. Kali ini khas permintaan customer Halina,  berminat jugek nak pelapik dagu iras2 Prof. Muhaya, sib baik dipermudahkan :-) yelah bila letak kat tdg printed nampak cantikss. In sya Allah, weekend ni kite date ye..nak pass tdg. Mesti tak sabar nak test sendiri hasil tangan akak. Tqvm sbb sudi menempah dgn Elida.

Monday, April 29, 2013

Tudung berlapik dagu


Assalamualaikum...dah lama tak update. Kali ini nak share pic tudung yang ditempah oleh customer baru. 8 helai tudung denim saiz XL. Awning ada pengeras..so maybe susah sikit untuk sujud time solat. Yang penting tudung ni menutup aurat.

Tempahan dialu-alukan.

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamualaikum ...sahabat tersayang, peeps out there. Rasanya ada gak yg sudi klik blog Elida. tqvm...Bersawang lagi..anway, Elida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (fasa ke-2/3)..sbb dah de org yg berpuasa 6 di bulan Syawal. Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah...disamping menziarahi keluarga, kawan, jiran. Beringatlah semasa menikmati juadah yang dihidangkan..jgn terlebih gula. Lebihkan senyuman itu yg baik..

Salam Aidilfitri, wasalam.

 


Sunday, July 1, 2012

Bunga manik berantai

As salam..dah bersawang blog. lately suka update ke laman muka buku aja. Jadi utk sesiapa yg nk respon cepat..pls date me kat fb. Alhamdulillah, ada projek tudung sepanjang minggu ni. harap2 dapat puaskan hati semua orang. Khas entri utk Norsila...ok tak design camni..+ simple juntaian, hehe :) Belum siap..wip punya status !!! another 3 tdg nak paten sama ke camne ye???


Tq utk semua customer yang bersabar que..dah nak masuk Ramadan. Ribuan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan ELIDA yang telah menempah jahitan manik terutamanya utk Hari Raya Aidilfitri.  

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu dihatiku

Selamat Hari Guru 2012 kepada semua guru-guru dan sesiapa sahaja yang bergelar pendidik di seluruh Malaysia...esp. untuk adik-beradik yang bergelar CIKGU. Cikgu Fairis, Cikgu Rohaida, Cikgu Nurul..dan ipar duai yang juga cikgu. Hehe, satu keluarga besar cikgu-cikgi. Tak lupa juga ibu bapa saya yang menjadi pendidik dalam mendidik dan membesarkan anak2.

Ucapan ini juga untuk pelanggan-pelanggan, sahabat-sahabat yang bergelar cikgu. Sama-samalah kita mendoakan guru-guru yang telah mendidik kita satu ketika dulu. Pada budak2 zaman sekarang hormat le cikgu2 korang tuu, walaupun depa tu manusia biasa tapi guru2 tu lah yang mendidik, beri ilmu pada korang di skolah...semoga ilmu yg korang dapat tu diberkati, InsyaAllah..

Terima kasih kerana mendidik saya menjadi insan berjaya ... Terima kasih Cikgu.

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu



Salam kepada semua rakan-rakan, pembaca dan semua ibu-ibu di seluruh dunia. Memang ada yang kata hari ibu hari-hari. Tapi tak semua dapat menjenguk ibu setiap hari. Beruntunglah adik-adik yang setiap minggu dapat balik menjenguk ma/mak tersayang. Sememangnya insan-insan yang bergelar ibu memang patut diraikan setiap hari. Tapi kadang-kadang insan yang paling dekat pun terlepas pandang. Walhal dalam fb semua letak status hari ibu...so tak kisahlah macam mana pun yang penting, kita ikhlas demi orang yang tersayang.

Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya. Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.

untuk kesekian kalinya, mama dapat lagi hadiah sempena Hari Ibu dari yang tersayang (Mysarah & Alisya). Tq everyone, love you so much...

Thursday, May 10, 2012

Tudung Noreen

Salam semua ...alhamdulillah, sudah selesai job order untuk Noreen from Johor. Jauh tu selatan tanahair, tqvm sbb sudi ambil perkhidmatan dari Elida yek..semua ada 8 helai tudung request untuk alter awning, kecilkan saiz muka dan ada juga untuk pendekkan tudung ropol..


 
 * Order job untuk tetas semula ropol dan jahitkan semula ropol2 tu memang nampak cam senang. aka kacang..lepas dah sembat2, alamak tak cukup..jadi terpaksa gak tetas dan try sekali lagi..at last boleh ngam2 plak, alhamdulillah..harap2 tuan tudung approve kerja saya. TQ :)

 
2 helai kecilkan saiz muka..tudung chiffon layer...lawa dikk. berkenan akak kaler pepel. semoga bila sarung nanti tak ketat atau tercekik plak ye.. dah ukur dgn sample tudung yg diminta tu.. 

2 branded tudung famous in town, hhehe, Ariani and DeZahra..ditukar awning sbb pendek..ariani setakat itu aje dapat alter labuh tudung..sbb kalau refer tdg peach tu memang patern Ariani melengkung..sbb tu tak dapat labuh bulat. harap u faham...

POSLAJU ref. EM116062080MY

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...