Asalamualaikum...kali ini projek ke-2 customer dari Selayang. Semua tudung hand delivered, terima kasih..semoga beliau gembira dan puas hati :-)
Monday, June 3, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Tudung Na

Alhamdulillah...rezeki itu datangnya dari Allah. Kali ini khas permintaan customer Halina, berminat jugek nak pelapik dagu iras2 Prof. Muhaya, sib baik dipermudahkan :-) yelah bila letak kat tdg printed nampak cantikss. In sya Allah, weekend ni kite date ye..nak pass tdg. Mesti tak sabar nak test sendiri hasil tangan akak. Tqvm sbb sudi menempah dgn Elida.
Monday, April 29, 2013
Tudung berlapik dagu
Tuesday, September 4, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Assalamualaikum ...sahabat tersayang, peeps out there. Rasanya ada gak yg sudi klik blog Elida. tqvm...Bersawang lagi..anway, Elida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (fasa ke-2/3)..sbb dah de org yg berpuasa 6 di bulan Syawal. Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah...disamping menziarahi keluarga, kawan, jiran. Beringatlah semasa menikmati juadah yang dihidangkan..jgn terlebih gula. Lebihkan senyuman itu yg baik..

Sunday, July 1, 2012
Bunga manik berantai
As salam..dah bersawang blog. lately suka update ke laman muka buku aja. Jadi utk sesiapa yg nk respon cepat..pls date me kat fb. Alhamdulillah, ada projek tudung sepanjang minggu ni. harap2 dapat puaskan hati semua orang. Khas entri utk Norsila...ok tak design camni..+ simple juntaian, hehe :) Belum siap..wip punya status !!! another 3 tdg nak paten sama ke camne ye???
Tq utk semua customer yang bersabar que..dah nak masuk Ramadan. Ribuan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan ELIDA yang telah menempah jahitan manik terutamanya utk Hari Raya Aidilfitri.
Wednesday, May 16, 2012
Cikgu dihatiku
Selamat Hari Guru 2012 kepada semua guru-guru dan sesiapa sahaja yang bergelar pendidik di seluruh Malaysia...esp. untuk adik-beradik yang bergelar CIKGU. Cikgu Fairis, Cikgu Rohaida, Cikgu Nurul..dan ipar duai yang juga cikgu. Hehe, satu keluarga besar cikgu-cikgi. Tak lupa juga ibu bapa saya yang menjadi pendidik dalam mendidik dan membesarkan anak2.
Ucapan ini juga untuk pelanggan-pelanggan, sahabat-sahabat yang bergelar cikgu. Sama-samalah kita mendoakan guru-guru yang telah mendidik kita satu ketika dulu. Pada budak2 zaman sekarang hormat le cikgu2 korang tuu, walaupun depa tu manusia
biasa tapi guru2 tu lah yang mendidik, beri ilmu pada korang di skolah...semoga ilmu yg korang dapat tu diberkati, InsyaAllah..
Terima kasih kerana mendidik saya menjadi insan berjaya ... Terima kasih Cikgu.
Sunday, May 13, 2012
Hari Ibu
Salam kepada semua rakan-rakan, pembaca dan semua ibu-ibu di seluruh dunia. Memang ada yang kata hari ibu hari-hari. Tapi tak semua dapat menjenguk ibu setiap hari. Beruntunglah adik-adik yang setiap minggu dapat balik menjenguk ma/mak tersayang. Sememangnya insan-insan yang bergelar ibu memang patut diraikan setiap hari. Tapi kadang-kadang insan yang paling dekat pun terlepas pandang. Walhal dalam fb semua letak status hari ibu...so tak kisahlah macam mana pun yang penting, kita ikhlas demi orang yang tersayang.
Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi
sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak
melukakan hatinya. Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan
untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika
hayatnya.
untuk kesekian kalinya, mama dapat lagi hadiah sempena Hari Ibu dari yang tersayang (Mysarah & Alisya). Tq everyone, love you so much...
Subscribe to:
Posts (Atom)




